Thursday, 5 September 2013

Nama Dan Biodata Pemain Bolasepak Kelantan Yang Positif Dadah Dan Digantung 2 Tahun

Zamri Ramli

Pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli yang gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim pada 29 Jun lalu sah positif mengambil dadah jenis methamphetamine.
Zamri Ramli

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Datuk Taufek Razak selepas menerima keputusan sampel B pemain terbabit.


Zamri Ramli
Zamri (tengah)

SUMBER

BIODATA Mohamad Zamri bin Ramli
Mohamad Zamri bin Ramli (born 23 November 1990) is Malaysian footballer who plays as a left full back for Kelantan in Malaysia Super League. He previously played for Kelantan President Cup team before got promoted to Kelantan senior team.

Zamri was born in Kampung Puyu a village in the district of Rantau Panjang, Kelantan. His family originated from Kampung Mundok, a Malay village, located in a town in southern Thailand, which was between Golok town. He has dual citizenship of Malaysia and Thailand. He received his early education in Sekolah Rendah Agama in Pasir Mas, Kelantan. Since that he always participate in Minor Championships Mundok District, Southern Thailand. After returning to Kelantan, he represented his school. His talent is detected, and called to play with Massak (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Kelantan) - Wikipedia

Wednesday, 4 September 2013

Raja Jordan Memecat 4 Pegawai Kerana Membocorkan Maklumat Sensitif Kepada Syria


Raja Jordan, Raja Abdullah II telah memecat empat orang pegawai tentera berpangkat tinggi kerana menyalurkan maklumat sensitif kepada tentera Syria, satu laporan baru-baru ini berkata.



Empat orang pegawai terbabit membocorkan maklumat mengenai keadaan semasa, yang ditubuhkan oleh Menteri Pertahanan Arab Saudi, CIA, dan agensi perisikan Israel Mossad di tanah Jordan, kata laporan itu memetik sumber diplomatik British sebagai berkata.

Para pegawai itu juga dituduh menyalurkan maklumat tertentu mengenai laluan yang digunakan oleh kumpulan militan semasa menceroboh Syria kepada pasukan tentera Syria.


Para pegawai kanan tentera terbabit merangkap penasihat kepada pengerusi ketua kakitangan Jordan dan telah membantah penyertaan Amman dalam pemberontakan yang ditaja kuasa asing di Syria.


Syria telah dicengkam oleh pergolakan maut sejak 2011. Menurut laporan, kuasa-kuasa Barat dan sekutu serantau mereka - terutamanya Qatar, Arab Saudi, dan Turki - menyokong penuh aktiviti kumpulan militan yang beroperasi di dalam Syria.


Kerajaan Syria mengatakan bahawa huru-hara itu sedang dirancang dari luar negara dan sejumlah besar daripada anggota kumpulan militan bersenjata adalah warga asing, kebanyakannya dari Arab Saudi, Jordan, Lubnan, Mesir dan Algeria.


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 100,000 orang telah terbunuh dan sejumlah 7.8 juta orang lain dipindahkan akibat keganasan.


Sumber Berita Press TV

BARANG NAIK!!! Roti Canai, Teh Tarik Naik 20 sen [AMBIK KAU...]

GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.

Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.

Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.




"Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali. - Kosmo

KL Gangster 2 Bocor; Yusoff Haslam Pertikai Kredibiliti Pihak Berkuasa!!!?



“SAYA bertegas sebelum ini kerana ia pertama kali berlaku dan ia melibatkan industri perfileman," ujar Datuk Yusof Haslam berhubung kelantangannya mempertikaikan tugas pihak berkuasa dalam menangani kebocoran filem terbitannya, KL Gangster 2.

Menerusi program hiburan di sebuah stesen televisyen, Yusof bersama beberapa pelakon KL Gangsters, meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku ke atas filem itu.

Sedikit beremosi ketika itu, Yusof turut mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa yang sehingga kini masih belum dapat menangkap 'dalang' sebenar penyebaran filem itu.

Akui tertekan dengan apa yang berlaku, Yusof bagaimanapun tidak bermaksud memperkecilkan tugas pihak berkuasa.

Jelasnya, sehingga kini hubungannya dengan pihak berkuasa, terutamanya pihak polis masih terjalin dengan baik.

"Saya berbesar hati apabila pihak berkuasa mengambil serius perkara ini dan saya berharap siasatan ini berakhir dengan segera.

"Kita tidak mahu perbuatan keji yang dilakukan dalang ini akan berulang pada masa depan," katanya.

Dengan nada kesal apabila filem hasil titik peluh anaknya, Syamsul, menjadi mangsa cetak rompak dengan harga RM5, Yusof sangat berharap pihak berkuasa dapat menangani kegiatan itu daripada terus berleluasa.

"Saya tahu VCD berkenaan masih banyak terjual di luar sana. Maka saya sangat berharap pihak berkuasa akan membanteras dengan sebaik mungkin. 

"Apa yang berlaku ini adalah satu penghinaan terhadap industri dan ia juga dapat menjadi pengajaran kepada semua penggiat filem supaya terus berhati-hati dalam sebarang urusan," katanya.

Fahami kenaikan harga minyak!


Kenaikan harga minyak merupakan isu ekonomi paling sensitif buat rakyat Malaysia. Tindakan merasionalisasikan subsidi minyak adalah satu tindakan yang tidak popular.

Bagi mana-mana pemimpin pun ia boleh mencetuskan dilema kerana perlu membuat pertimbangan sama ada ingin terus menjadi popular yang mana sentiasa kelihatan mementingkan kebajikan rakyat ataupun mengutamakan kedudukan kewangan negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Di sinilah, seorang pemimpin kena membuat pertimbangan terbaik. Jika mahukan populariti, nescaya, apa sahaja yang menyenangkan hati rakyat akan dipertahankan.

Namun, dalam tempoh jangka masa panjang kedudukan kewangan negara akan terjejas teruk. Iktibar pemimpin-pemimpin negara Barat yang terlalu menjaga populariti mereka menyebabkan ekonomi negara mereka dilanda kemelesetan teruk.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berdasarkan situasi semasa dan masa hadapan ekonomi dunia dan Malaysia. Pada asasnya, ekonomi dunia masih tidak menentu, bahkan bagi penganalisis dan pakar-pakar ekonomi, terdapat kewajaran kebimbangan ekonomi dunia akan meleset.


Antaranya, ekonomi negara-negara Barat masih belum pulih sepenuhnya. Ekonomi negara-negara berkenaan ‘terkepung’ dalam kegawatan krisis hutang Eropah.

Pakar-pakar ekonomi mereka masih belum menemui strategi ekonomi terbaik untuk memulihkan ekonomi negara mereka. Begitu juga, apa yang telah berlaku ke atas Amerika Syarikat (AS) apabila Rezab Persekutuan AS pun berura-ura untuk mengurangkan rangsangan ekonomi AS dengan mengurangkan pembelian bon.

Polisi perlonggaran kuantitatif (QE) yang selama ini dilaksanakan oleh Rezab Persekutuan AS mungkin dihentikan, juga boleh menjejaskan ekonomi dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Rezab Persekutuan AS telah banyak menggunakan wang untuk merangsang sistem kewangan AS ekoran terjejas teruk akibat krisis subprima pada tahun 2008. Sekiranya Rezab Persekutuan AS bersetuju untuk melaksanakan pengurangan polisi QE, ekonomi dunia berkemungkinan akan semakin tidak menentu.

Ini terbukti apabila dana ekuiti asing di Malaysia telah dijual dengan banyaknya sejak kebelakangan ini. Tambahan lagi, ringgit Malaysia agak lemah berbanding dolar AS.


Bahkan, minggu lepas, harga minyak dunia setong telah meningkat pada tahap tertinggi dalam tempoh 18 bulan. Tambahan lagi, timbul kebimbangan AS dan sekutu- kutunya akan melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Keadaan geopolitik di negara-negara Timur Tengah yang masih tidak menentu boleh menjejaskan ekonomi serantau, khasnya dan ekonomi dunia, umumnya. Pastinya ia juga boleh menjejaskan ekonomi Malaysia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Di samping itu, kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia juga perlu diambil kira. Ini kerana Malaysia tidak boleh selama- lamanya mencatatkan defisit fiskal. Sasaran defisit fiskal tahun ini adalah pada tahap empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jika tiada tindakan merasionalisasikan subsidi minyak, sasaran ini sukar dicapai. Pada masa yang sama, tahap hutang kerajaan persekutuan mestilah tidak boleh melebihi 55 peratus daripada KDNK.

Begitu juga hasil pendapatan negara tidak boleh kurang daripada perbelanjaan operasi negara. Dengan kata lain, jika kerajaan masih ingin mempertahankan subsidi minyak pada tahap sebelum ini iaitu RM1.90 seliter, maka kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang rakyat berbanding sebelum ini ekoran kenaikan harga minyak dunia. Sedangkan terdapat kekangan dalam kedudukan kewangan negara.


Tidak mustahil, akhirnya, kewangan negara semakin rapuh dan Malaysia terpaksa meningkatkan jumlah hutang luar semata-mata untuk menyenangkan hati rakyat dengan mengekalkan harga minyak pada tahap sedia ada.

Dalam tempoh jangka masa panjang, hutang yang semakin tinggi menyebabkan hasil kerajaan semakin menurun dek kerana terpaksa membyar hutang dan kadar faedah.

Keadaan akan semakin parah apabila perbelanjaan operasi kerajaan pun terpaksa ditampung dengan hutang. Maka, jika ini berlaku, gaji kakitangan kerajaan terpaksa dibayar dengan menggunakan hutang.

Bagaimana mungkin pembangunan negara boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya gaji kakitangan awam pun terpaksa dibayar dengan cara meminjam.

Sedangkan umum mengetahui gaji kakitangan awam baru sahaja dinaikkan pada bulan Julai yang lalu. Dijangkakan terdapat pengumuman penting mengenai elaun skim kakitangan awam pada hujung tahun ini hasil kajian kerajaan untuk menambah baik skim-skim kakitangan awam. Sudah tentu setiap pengumuman akan menyebabkan tambahan perbelanjaan kerajaan.

Bayangkan gaji dan elaun kakitangan awam yang semakin meningkat terpaksa ditampung dengan hasil yang sedia ada. Pada masa yang sama, subsidi minyak juga mahu dikekalkan hanya semata-mata inginkan populariti dan menyenangkan hati rakyat.


Nescaya, jika sekiranya hutang kerajaan semakin meningkat dan begitu juga hutang isi rumah pun semakin tinggi, maka, seluruh ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud kerajaan hanya perlu duduk diam tanpa berbuat apa-apa untuk membantu rakyat. Susulan kenaikan harga minyak, kerajaan juga telah mengumumkan untuk meringankan beban golongan berpendapatan sederhana yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak.

Pengumuman akan dibuat dalam Bajet 2014 nanti. Seperti diketahui, penjimatan subsidi minyak akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Banturan Rakyat 1Malaysia (BR1M), manakala golongan berpendapatan sederhana seolah- olah kelihatan diabaikan oleh kerajaan.

Pengumuman kerajaan untuk membantu golongan ini memberi khabar baik kepada mereka. Banyak langkah yang boleh dilakukan untuk membantu mereka dan antaranya adalah dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan pada tahap yang terendah.

Membantu semua lapisan rakyat menggambarkan betapa kerajaan tidak ambil mudah apabila ‘terpaksa’ mengumumkan kenaikan harga minyak. Pastinya, tindakan terbaik adalah dengan menyeimbangkan kemampanan kedudukan kewangan negara dan pada masa yang sama mengutamakan kesejahteraan rakyat.